Tuesday 6 May 2014

Refleksi Minggu ke-11 : Audio

Alhamdulillah..pada minggu ke-11, kami telah berbincang mengenai topik AUDIO dengan subtopik seperti berikut :

  1. analog & digital audio
  2. how to calculate audio file size
  3. audio sampling
  4. factor that influence audio quality
  5. audio compression
  6. audio file formats
  7. audio editing software
=====================================================

Analog & Digital Audio

  • Analog audio
    • adalah bunyi yang dihasilkan daripada gelombang (wave) yang berpunca dari getaran (vibration) 
    • apabila dipindah daripada satu medium ke medium lain contohnya kaset ke kaset lain, kualitinya berkurang
    • boleh mengalami distortion
    • adakalanya ada noise (punca dari tape) yang boleh mengganggu gelombang bunyi
    • ADC : Analog Digital Converter -> untuk menukar audio dari analog ke denyutan digital (bagi memudahkan proses editing)
    • contoh : tape, kaset, piring hitam
  • Digital audio
    • berasal daripada analog audio tetapi gelombangnya bertukar ke format binary
    • gelombang bunyi analog disample (ditiru) semula dan disimpan dalam digital (binary)
    • Lagi banyak nilai sample (nilai binary) yang dibuat maka semakin hampir bunyi tersebut kepada bunyi asal
    • apabila dipindah daripada satu medium ke medium lain, kualitinya tetap sama selagi tiada compression dibuat.
    • telinga manusia biasa hanya boleh mengesan perbezaan perubahan (analog ke digital) di dalam lingkungan 20khz atau 40khz (192kHz : nilai maksimum sample rate)
    • tidak terpengaruh gangguan noise
    • DAC : Digital Analog Converter -> untuk menukar audio dari denyutan digital ke gelombang analog
    • contoh : CD

Audio Sampling (Persampelan audio)

  • adalah proses menukar analog audio ke digital audio
  • Signal analog dipecahkan (disampelkan) sekerap mungkin bagi setiap saat
  • Semakin tinggi kadar sampel, semakin banyak maklumat sampel yang diambil, semakin tinggi kualiti audio
  • Menggunakan ADC.
  • Semakin tinggi frekuensi semakin jelas dan nyaring bunyi yang dihasilkan.

Faktor yang Mempengaruhi Kualtiti Audio
  • 3 faktor yang mempengaruhi kualiti audio :
    • Kadar sampel (Sample rate)
      • semakin tinggi kadar sampel, semakin tinggi kualiti audio
      • kadar sampel diukur dalam Hertz (Hz)
      • Standard sampel audio (11.025 kHz, 22.05 kHz, 44.1 kHz)
      • website (11.025 kHz dan 22.05 kHz)
      • CD (44.1 kHz)
    • Saiz sampel (Sample size)
      • merujuk kepada berapa banyak maklumat (bilangan bit) dalam satu sampel.
      • Dua jenis sampel yang biasa digunakan ialah 8 bit dan 16 bit
      • saiz 16 bit (CD) lebih berkualiti daripada 8 bit (radio)
      • saiz sampel yang dipilih turut dipengaruhi oleh sound card (16 bit / 8 bit)
      • semakin tinggi saiz sampel , semakin besar saiz fail
    • Saluran (Channel)
      • 2 jenis saluran mono dan stereo

Kiraan Saiz Fail Audio
  • Saiz standard fail adalah dalam bytes.
    • kadar sampel (Hz), 
    • tempoh masa (saat), 
    • Resolusi/Saiz sampel (bits, 1 untuk 8 bits @ 2 untuk 16 bits)
    • bilangan saluran = 1 untuk mono, 2 untuk stereo
  • Contoh : Kirakan saiz fail audio untuk 1 minit, 44.1 kHz, 16 bits, stereo sound

Audio Compression
  • 2 jenis pemadatan audio
    • Lossy
      • kualiti berkurang dengan banyak sehingga 75% daripada asal
      • membuang lebihan maklumat audio (eliminate redundant)
    • Lossless
      • membuang maklumat sedikit berbanding lossy compression (25%)
      • saiz lebih besar berbanding lossy
      • maklumat yang tidak penting sahaja dibuang

Format Fail Audio
  • AIFF
    • Audio Interchange File Format
    • diguna pada Mac dan IBM
  • MIDI
    • Musical Instrument Digital Interface
    • boleh diterima oleh semua peranti
    • saiz kecil
  • RIFF
    • format yang diperkenalkan oleh Microsoft
    • mengandungi pelbagai jenis data termasuk Wave dan MIDI
  • SND
    • Sound
    • diperkenalkan oleh Apple 
    • hanya sesuai bagi audio dengan saiz sampel 8 bit
  • WAV
    • Wave (gelombang)
    • format paling meluas digunakan
    • dibangunkan oleh Microsoft
    • mampu menyokong saiz sampel 16 bit (mono & stereo)
    • kualiti yang tinggi, tiada compression, merupakan audio asal
  • MP3
    • MPEG Level 3
    • Format audio yang popular bagi tujuan penyaluran muzik melalui internet
    • mempunyai teknik audio compression (pemadatan audio) yang baik, memadatkan audio daripada 45 MB WAV kepada 4 MB MP3.
  • RAM @ RA
    • popular juga dalam penyaluran melalui internet secara langsung
    • membolehkan siaran radio dan TV ditayang terus melalui internet

Audio Editing Software
  • SonicFoundry Sound Forge
  • Macromedia SoundEdit
    • mampu melakukan editing sehingga 10 jenis format
=====================================================

Refleksi :
  • Audio mampu menarik perhatian
  • Audio mampu mempengaruhi emosi dan pemikiran seseorang
  • Audio bertindak sebagai panduan kepada pengguna
  • Dapat mengenalpasti jenis audio yang sesuai dimasukkan ke dalam multimedia dari segi saiz dan kualiti.
Rujukan

No comments:

Post a Comment