Tuesday 6 May 2014

Refleksi Minggu ke-12 : Video

Alhamdulillah pada minggu ke-12, kami telah dibahagikan kepada kumpulan (2orang) untuk membentangkan topik VIDEO bagi setiap subtopik berikut :

  1. Apakah tujuan video?
  2. Pengiraan saiz video
  3. Video Compression Technique (Teknik Pemadatan Video) - final exam!!
  4. Video Editing Software - final exam!!
  5. Video File Format
  6. Analog & Digital Video - final exam!!
=================================================


Tujuan Video
  • menggunakan teori Captology
  • sebagai teknologi untuk memujuk
  • mampu mengubah sikap (to change behaviour) menggunakan teknologi

Pengiraan Saiz Video

  • ditentukan oleh :
    • Frame Size
      • merujuk kepada bilangan pixel yang dipapar secara mengufuk dan menegak
      • contoh : 800 x 600 (minimum frame size for today)
      • semakin kecil frame size, semakin kecil saiz fail, maklumat dpat dipindahkan dengan cepat
    • Frame Rate
      • merupakan bilangan imej yang dipapar dalam tempoh masa tertentu
      • diukur dalam fps
      • biasanya 12 fps (sesuai untuk flash, animasi)
      • 30 fps (untuk TV dan video biasa)
      • 36 - 45 fps (sesuai untuk movie di panggung, youtube)
      • semakin kecil frame rate, semakin cepat data dapat diproses, saiz semakin kecil
    • Color Depth @ Resolution

      • jumlah warna untuk setiap pixel dalam setiap imej
      • contoh : 8 bit/pixel = 256 warna @ 16 bit/pixel = 65 536 warna @ 24 bit/pixel = 16.7 milion warna
    • Sound & Tempoh masa
    • Pengiraan saiz fail :


Contoh soalan : (1 byte = 8 bit)

= 414 MB (jawapan)



Teknik Pemadatan Video (Video Compression)

  • Video yang belum dimampat biasanya mempunyai saiz kira-kira 1.5 GB dalam tempoh 1 minit
  • Jenis Codec dan file extension :
    • Cinepax - .avi
    • Indeo - .avi
    • Apple QuickTime - .mov
    • MPEG - .mpg
  • Pemampatan menggunakan algorithma matematik dengan eliminating, grouping atau averaging
  • penting bagi memudahkan proses penyimpanan, penghantaran dan pemprosesan
  • semakin banyak video dimampatkan, semakin berkurang kualiti, semakin kecil saiz
  • Kaedah pemampatan :
    • Lossy
    • Lossless
    • Interframe
    • Intraframe
Video Editing Software

  • 3 bentuk asas :
    • Video Capture
      • mempunyai kebolehan mengawal isyarat input video, warna dan kecerahan
      • mengawal pemilihan compression, algoritma, saiz frame dll
    • Video Editing
      • Memampatkan video kepada saiz lebih kecil
      • berfungsi untuk copy, paste, cut, delete frame
      • boleh mencantumkan beberapa frame
      • menukar saiz frame rate
      • menambah kesan khas (special effect) pada video
    • Video Playback Applications
      • memainkan video pada skrin penuh
      • berfungsi untuk mengawal (play, pause, stop, rewind, fast forward dll)
      • dapat pergi ke mana-mana frame yang dikehendaki
  • Contoh software :
    • Sony Vegas
    • Windows Movie Maker
    • Adobe Premier
    • iMovie (diperkenalkan oleh Apple)
    • Adobe After Effects
    • Gold Disk's Astound Studio


Video File Format

  • .avi
    • Audio Video Interleave
    • menyokong semua platform window
    • digunakan dalam windows media player
  • .mov
    • QuickTime
    • menyokong platform Windows dan Mac
    • perlu install QuickTime Player
    • Banyak digunakan dalam penyebaran video menerusi internet
  • .mpg
    • Motion Picture Expert Group
    • terdapat sehingga MPEG-7 (standard for video presentation)


Analog & Digital Video


  • Video Analog
    • mempunyai set nilai yang berterusan (linear)
    • gambar boleh diperbesarkan ke sebarang saiz tanpa kehilangan kualiti imej
    • Contoh : tayangan gambar pada VCR dan cakera laser, magnetik
    • Analog ditukar ke digital : Demodulation
    • Proses demodulation memerlukan peranti berikut :
      • sumber analog
      • CPU yang pantas dan RAM yang besar
        • semakin laju pemproses (CPU) semakin baik video digital dihasilkan
        • dicadangkan minimum Pentium 100 MHz
        • RAM yang banyak juga diperlukan untuk memastikan kualiti video yang baik. (minimum 32 MB RAM)
      • Video Capture Card (disedikan bersama perisiannya)
        • untuk ubah ke screen capture
        • menghubungkan analog video ke komputer
        • adakalanya video card tak mampu tangkap bunyi, maka sound card diperlukan.
      • Harddisk
  • Video Digital
    • mempunyai set nilai diskrit
    • bersifat interactive (boleh dicapai secara rawak)
    • gambar diperolehi dari pixel atau elemen gambar.
    • gambar akan kehilangan kualiti jika ia diperbesarkan.
    • mudah disimpan dan dipindahkan secara berkesan
    • Contoh : klip video yang dimainkan dalam komputer
    • Digital ditukar ke analog : Modulation

No comments:

Post a Comment