Monday 17 February 2014

Hari Pertama di kelas Media Design

Alhamdulillah setelah menempuh beberapa proses penukaran program dari Fakulti Komputeran ke Fakulti Pendidikan, aku menjejakkan kaki ke kelas MPP - Teknologi Pendidikan di bawah kursus Media Design & Technology. Pelajar yang rata-rata telah bergelar guru memenuhi ruang pembelajaran di blok C14-420 (01).

Dengan penerangan ringkas daripada Dr. Mohd Shafie (baru berusia 28 tahun), pelajar didedahkan dengan objektif kursus ini dijalankan. Pelajar lebih ditekankan tentang teori dan model yang perlu digunakan dalam mereka bentuk sebuah media dalam setiap elemen iaitu grafik, teks, audio, video, animasi dan lain-lain lagi.

Contoh reka bentuk teks dan grafik


Contoh rekabentuk multimedia

No comments:

Post a Comment