Thursday 27 February 2014

Refleksi Minggu ke-3

Alhamdulillah...kuliah minggu ke-3 ini terdiri daripada 2 sesi iaitu sesi pembentangan berkenaan media dan sesi kuliah bertajuk 'Multimedia Development Team and Process'.

Sesi Pembentangan

A) Social Media (Media Sosial)

Group 1 :
  • Frog VLE adalah salah satu contoh media sosial.
  • Guru boleh memberikan tugasan rumah dalam VLE Frog
  • Pelajar dapat merujuk segala maklumat
  • Ulasan pensyarah :
    • VLE adalah sistem PdanP yang telah lama diwujudkan.
    • Frog VLE sepatutnya tidak dikategorikan sebagai social media kerana penggunaannya adalah terhad dalam sesebuah sekolah. Ianya tidak dapat disebarkan kepada umum.
Group 2 :
  • Media sosial melibatkan interaksi orang ramai yang bertindak membangunkan, berkongsi atau bertukar maklumat secara dalam talian.
  • Media sosial adalah bentuk interaksi yang efektif kerana : 
    • lambakan pengguna di media sosial membantu melancarkan perkongsian maklumat. 
    • Boleh berhubung tanpa perlu berjumpa.
    • Kebanyakan aplikasi yang disediakan adalah percuma, cuma talian internet diperlukan.
  • Bagaimana mengintegrasikan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran:
    • Blogging :
      • Dapat berkongsi idea, pengalaman dan dapat menulis refleksi daripada pembelajaran sebentar tadi.
      • Pakar dalam sesuatu bidang boleh menyebarkan tips dan pandangan kepada pembaca.
      • Screenshot 2014-02-26 03.08.40.png
        Contoh blogging
    • Collaborative Calendaring :
      • contoh : Google Calendar
      • menyusun jadual dan masa dan dikongsikan bersama rakan-rakan.
      • Screenshot 2014-02-26 03.00.35.png
    • Collaborative Mindmapping :
      • contoh : MindMeister, Mindomo
      • boleh membangunkan peta minda jalan penyelesaian kepada masalah yang kompleks dan berkongsi dengan pengkaji di luar.
      • Screenshot 2014-02-26 03.42.47.png
    • Micro-blogging / Micro-sharing :
      • contoh : Twitter
      • berkongsi idea, maklumat dan belajar daripada orang lain dengan kekal berhubung dengan orang yang dikehendaki.
      • Screenshot 2014-02-26 04.03.39.png
    • Photo Sharing :
      • contoh : Flickr
      • berkongsi gambar dan album
    • Presentation Sharing :

      • contoh : slideshare
      • membangunkan slide persembahan untuk kelas dan pelajar boleh memberikan     komen pada slide tersebut.
    • Video Sharing :
      • contoh : Youtube, Dailymotion.
      • boleh belajar sesuatu contohnya menonton video penunjuk cara untuk menggunakan apa-apa aplikasi.
      • boleh membantu menerangkan sesuatu perkara satu persatu dalam paparan video.
    • Collaborative working and editing :
      • Contoh : Google Docs, Dropbox, Wikispace
      • boleh berkongsi dan menyebarkan dengan mudah
      • Dapat menghasilkan soal selidik dan mendapatkan data dalam bentuk spreadsheets secara atas talian
      • Membantu pelajar membuat kerja bersama-sama walaupun dikelilingi dengan tugas seharian.
    • Social Networking :
      • Contoh : Facebook, Whatsapp
      • Mewujudkan komunikasi dalam kalangan guru dan pelajar dan mewujudkan komunikasi tertutup di dalam sebuah kumpulan
      • Dapat mengenali orang lain berpandukan nama dan gambar yang dimuatnaik oleh pengguna lain.
    • Collaborative Environment

      • contoh : Moodle
      • menggunakan sistem Open Source untuk menghasilkan komponen interaktif termasuklah chat, forum, muatturun fail
      • Dapat memasukkan enrolmen dan membantu ahli dalam kumpulan.

B) Immersive Media (Multimedia Immersif)
  • Istilah ini merujuk kepada simulasi janaan komputer yang menghasilkan realiti dengan fizikal, dimensi ruang dan visual.
  • Lebih kepada realiti maya (Virtual Reality)
  • Dalam bentuk 3D
  • Contohnya : Simulator pembedahan, Papan interaktif
  • Efektif : apabila dapat menghasilkan dunia sebenar secara maya.
  • Mahal dan bukan efektif dari segi kos.

C) Augmented Reality
  • Gabungan objek-objek di dunia maya ke dalam dunia nyata dalam 2D atau 3D
  • diterapkan dalam kejuruteraan, hiburan, pendidikan
  • Efektif : kerana dapat mengubah cara hidup manusia, menjadikan dunia fantasi yang baru, boleh berubah mengikut kesesuaian dan keperluan pengguna
  • Contoh : mobile device AR, AR glasses
  • AR dalam pendidikan : meningkatkan rasa ingin tahu dan menyeronokkan murid kerana berinteraksi secara maya-nyata dengan objek maya 3D.
  • Contoh aplikasi AR : Sky Map, iOnRoad, Car locator

Sesi Kuliah

Multimedia Development Team

  1. Perlu diwujudkan kumpulan multimedia bagi mengagihkan tugasan dengan kepakaran masing-masing
  2. Boleh terdiri daripada
    1. Project Manager
    2. Graphic designer/ Art designer
    3. Interface Designer
    4. Sound Director
    5. Video Director
    6. Subject Matter Exper
    7. Instructional Designer
    8. Multimedia Programmer
    9. Marketing Director
    10. Producer for the Web etc.
  3. Walaubagaimanapun jika diminta pilih 3 pakar di atas, pilihan yang terbaik adalah :
    1. Graphic Designer - menghasilkan rekabentuk persembahan yang menarik dan sesuai
    2. Subject Matter Expert - menentukan kandungan sesuatu persembahan dan memastikan kandungan bersesuaian dengan objektif pembangunan.
    3. Instructional Designer - menentukan kesesuaian persembahan dengan rekabentuk dan isi kandungan sebelum diterbitkan.
Multimedia Development Process


  1. Sebuah Pembangunan Multimedia memerlukan Instructional Design Model sebagai panduan menghasilkan multimedia yang sistematik
  2. Contoh ID Model :
    • ADDIE (biasa digunakan)
    • ASSURE
    • Waterfall
    • Dick & Carrey dan lain-lain lagi
  3. Secara ringkasnya, setiap model menekankan proses berikut : (contoh ADDIE)
    1. Analysis (Analisis) - analisis pengguna, software, hardware, objektif
    2. Design (Rekabentuk) - menentukan isi kandungan, reka letak, tema, bentuk penyampaian.
    3. Development (Pembangunan) - membangunkan multimedia. Dalam fasa ini, seorang programmer, graphic designer dan  instructional designer bertungkus lumus bekerjasama menghasilkan multimedia terbaik.
    4. Implementation (Pelaksanaan) - pengguna menggunakan multimedia yang telah dibangunkan. Dalam proses ini, biasanya pembangun akan menguji penggunaan prototaip dalam satu kajian kes. Kemudian dinilai dan memperbaikinya untuk diuji semula.
    5. Evaluation (Penilaian) - proses terakhir yang akan menentukan keberhasilan sesebuah pembangunan. Dalam fasa ini, beberapa penambahbaikan akan dibuat jika hasilnya tidak menepati objektif.
  4. Proses pembangunan akan sentiasa berulang sehingga terhasilnya sebuah pembangunan multimedia yang sistematik dan menepati objektif.
Model ADDIE


Minggu ke-4 nanti, kuliah akan ditekankan dengan rekabentuk media....ingat... tiada proses teknikal dijalankan...teori dan konsep semata-mata... horeyyy..

No comments:

Post a Comment