Dalam kuliah kali ini, pelajar diharapkan dapat :
- membincangkan tentang peranan multimedia dalam kehidupan masa kini.
Multimedia
- adalah berasal daripada multi (banyak) dan media (plural bagi medium, contohnya : surat khabar, komputer, televisyen, radio, telefon pintar, CD dan sebagainya).
- disampaikan dalam pelbagai bentuk dan cara.
- terdiri daripada gabungan elemen teks, grafik, animasi, audio, video.
Kini, multimedia lebih ditafsirkan sebagai :
proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang memasukkan gabungan pelbagai elemen teks, grafik, animasi, audio, video.
Elemen interaktiviti ditambah dalam 5 elemen multimedia yang pernah dipelajari pada zaman undergraduate. Ingat tu...tambah interaktiviti..
Kategori Multimedia
- Linear - komunikasi satu hala yang tidak melibatkan butang kawalan. Contohnya tayangan di panggung dan tayangan slide power point tanpa pautan dan butang ke slide tertentu.
Live multimedia (pertunjukan laser yang dipancarkan bersama muzik)
kredit : Youtube
2. Non Linear - komunikasi 2 hala atau berlakunya interaksi. Dalam multimedia dimasukkan elemen interaktiviti seperti butang kawalan dalam proses komunikasi dan adakalanya memerlukan penyelesaian masalah. Contohnya permainan komputer dan CD Courseware.
* Multimedia non-linear sesuai digunakan untuk memberikan pemahaman dan kerana ianya berinteraktiviti.
Multimedia non-linear banyak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kini.
Sejarah Istilah Multimedia
1966 - persembahan Lightworks dengan muzik dan visual.
1970 - multi-projectors slide show (dengan alunan muzik)
Multi-projectors slide show
kredit : Wikipedia
1993 - menggabungkan 5 elemen teks, grafik, audio, animasi, video yang disampaikan melalui komputer.
Kini - multimedia interaktif dengan kawalan daripada pengguna.
Manfaat Multimedia dalam Kehidupan Seharian
- Mengubah cara berbelanja : boleh berbelanja atas talian berdasarkan gambar yang dipaparkan.
- Mengubah cara perniagaan : menjalankan perniagaan secara atas talian contohnya mempromosi suatu alat dengan memaparkan video penggunaan peralatan yang menekankan kelebihan penggunaannya.
- Mengubah cara memperoleh maklumat : menjalani pembelajaran kendiri di atas talian dan CD contohnya mempelajari cara-cara memasak.
- Mengubah cara latihan praktikal : Mewujudkan suasana menyerupai dunia sebenar dengan menggunakan teknik virtual reality. Contohnya berlatih mengendalikan kapal terbang dengan menggunakan simulasi penerbangan.
Contoh Virtual Reality
kredit : Youtube
Bibliografi
- http://en.wikipedia.org/wiki/Multimedia
- http://siijo27.blogspot.com/2012/02/sg3pengembangan-teknologi-multimedia.html
- http://www.youtube.com/watch?v=VrgWH1KUDt4
Kuliah diakhiri dengan penerangan assignment pertama yang memerlukan perbincangan berkumpulan. Kumpulan saya memilih untuk membincangkan peranan Social Media dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya multimedia banyak memberikan manfaat dan perubahan dalam kehidupan seharian. Multimedia memudahkan, menjimatkan masa dan menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment